Banyak bezanya tanggungjawab lelaki dan perempuan di
dunia ini,dibawah diterangkan serba sedikit tentang
apakah tanggungjawab lelaki dan perempuan sebagai
khalifah ALLAH di muka bumi ini.......
Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah
baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh
bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin
dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke
atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak
lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya . Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan
beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati
cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT.
Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu
meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding
lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu
menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat
pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan
bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan
nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat
sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan
selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan
seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama
dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta
itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri
dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya. Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki
ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4
syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
" Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan
segala yang telah dikerjakannya dan yang telah
ditinggalkan. Bahkan manusia itu,
anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk
membela diri "
template korean drama
5 years ago
0 comments:
Post a Comment