BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Advertisement

Advertisement

Wednesday, February 16, 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Tuesday, February 8, 2011

Berkelana di Bumi Allah

Assalammualaikum...

Dalam kita meniti hari-hari yang mendatang..Sering datang ujian dalam perjalanan kita untuk menuju ke destinasi terakhir kita..iaitu..dunia akhirat yang kekal abadi..namun telah diberikan kepada kita sebagai manusia dan sebagai khalifah di muka bumi ini..peluang untuk hidup..samada kita memilih untuk bersenang lenang atau pun bersusah payah..tapi diakui bahawa setiap manusiaa inginkan kesenangan..kesempurnaan..dan kebahgiaan..tidak mustahil untuk mengecapi semua itu..semuanya dengan ketentuan Ilahi..disamping kita sebagai hambanya perlulah berusaha ke arah itu..janganlah hanya berserah kepada Nya tanpa berusaha..takkan berubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..semuanya memerlukan usaha dan ikhtiar..dan bertawakallah..insyaAllah..pasti kita semua akan berjaya didunia dan akhirat..

Mengucapkan kata-kata itu memang mudah..tapi ianya tak semudah orang yang memikulkan..Seringkali kata-kata itu dilemparkan..Memang diakui bahawa..memang mudah mengungkapkan semua itu..namun untuk menghadapinya ternyata memang berat..namun sedarkah kita..dengan kesabaran dan pengalaman yang menguji itu..mematangkan kita..sesungguhnya semuanya ada hikmahnya..tanpa kita sedari..tapi bila kita merenung kembali..pasti kita akan temui..kemanisannya..insyaAllah..ingatlah janji Allah itu pasti..akhirat itu pasti..pembalasan itu pasti..jadi marilah kita bersama-sama mencari keredaan Allah..kerna tanpa keredhaan Allah..siapalah kita ini..kita hanya menumpang di bumi Allah..dan kepadaNya kita akan kembali..mungkin sesaat lagi..besok..lusa..hanya Dia yang mengetahui bila kita kan kembali menemuiNya..Jadi bersediakah kita untuk menemuiNya..Janganlah kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi..marilah kita bersama-sama mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat..Semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan..insyaAllah..