BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Advertisement

Advertisement

Friday, April 30, 2010

Pemanasan Global

Tahukah anda tentang pemanasan global??
Pemanasan global boleh ditakrifkan sebagai peningkatan suhu bumi kesan daripada gas rumah hijau yang bertindak sebagai 'blanket' yang menyerap haba yang dipantulkan oleh bumi untuk dibebaskan ke atmosfera.

Apakah gas rumah hijau??
Gas rumah hijau (green house gases) adalah gas karbon dioksida (CO2), Methana (CH4), nitrogen oxida (NOx), hidro-chloro fluoro carbon (HCFC) iaitu gas yang digantikan dengan Chloro fluoro carbon (CFC) yang digunakan dalam proses pembuatan aerosol yang juga merupakan agen yang boleh memusnahkan lapisan ozon. Walaubagaimanapun, penggunaan CFC telah dikawal bagi menangani isu penipisan ozon ini dan digantikan dengan HCFC yang merupakan gas rumah hijau.

Apakah penyumbang terbesar pelepasan gas rumah hijau ini??
1) Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu di mana melibatkan pelepasan CO2 yang besar. Di Malaysia, arang batu digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik di stesen janakuasa elektrik.
2) Kenderaan bermotor yang meningkat juga menyumbang kepada pelepasan gas CO2 dan gas rumah hijau ke atmosfera.
3) Pereputan pokok dan haiwan serta najis haiwan adalah penyumbang terbesar bagi pelepasan gas methana.
4) Penebangan hutan tanpa kawalan menyebabkan punca penghasilan O2 yang kurang dan menyebabkan kepekatan CO2 di atmosfera bertambah secara mendadak dan seterusnya menyebabkan bumi menjadi panas.

Sebagai individu apakah sumbangan kita untuk mengawal isu ini??
1) Mengurangkan penggunaan beg plastik semasa bershopping, digalakkan membawa beg yang boleh dikitar semula bagi mengurangkan penghasilan sampah untuk dilupuskan di tapak pelupusan sampah.
2) Berkongsi kereta untuk pergi ke destinasi yang sama (car pool). Ini dapat mengurangkan pembakaran bahan api petrol dan diesel dan seterusnya dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ini.
3) Menanam pokok di kawasan rumah mahupun pejabat. Ini dapat menghijaukan alam dan menambahkan pengeluaran gas O2 yang sangat diperlukan oleh manusia, haiwan dan tumbuhan serta gas CO2 dapat digunakan oleh tumbuhan dalm proses fotosintesis.

Kehidupan masa bujangku

Debaran kian hangat sehingga lubuk hatiku ini...tinggal sebulan aku akan menamatkan masa bujangku...bersediakah aku untuk menghadapi semua ini...walau camne pun...itulah hakikat yang perlu ke tempuhi...aku pasrah dan redha dengan ketentuannya...sesungguhnya aku yakin kepada qada' dan qadar nya..hanya Dia yang menentukan jodoh buat hambanya...semoga aku akan menjadi isteri yang solehah dan menjadi hamba yang sentiasa mengabdikan diri kepada-Nya yang Maha Esa...amiin...