BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Advertisement

Advertisement

Sunday, March 20, 2011

Tazkirah: Berbakti Kepada Kedua IbuBapa

Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
"Redha Allah itu berada dalam redha kedua orang tua dan murka Allah itu berada dalam murka kedua orang tua". (Riwayat Abdullah Bin 'Amr)

Oleh itu, jika kamu ingin berhasil di dunia dan akhirat, insyaAllah, maka kerjakanlah beberapa pesanan berikut:
* Berbicaralah kepada orang tuamu dengan sopan santun, janganlah mengucapkan 'ah' kepada mereka, jangan herdik mereka dan berkatalah kepada mereka dengan ucapan yang baik.
* Taatilah selalu kedua orang tuamu selama tidak dalam maksiat, kerana tidak ada ketaatan pada makhluk yang bermaksiat kepada Allah.
* Berlemah lembutlah kepada orang tuamu, jangan bermuka masam depannya, dan janganlah membentak mereka dengan marah.

* Jaga harta benda, kehormatan dan nama baik kedua orang tua. Dan janganlah mengambil sesuatu pun tanpa keizinan keduanya.
* Lakukan hal-hal yang meringankan keduanya meskipun tanpa perintah seperti berkhidmat, membelikan beberapa keperluan dan bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu.
* Segeralah penuhi panggilan mereka dengan wajah yang tersenyum dan sambil berkata.
* Hormati kawan dan sanak saudara mereka ketika mereka masih hidup dan sesudah mati.
* Jangan bantah mereka dan janganlah persalahkan mereka, tetapi usahakan dengan sopan dalam menjelaskan perkara yang benar.
* Jangan masuk ke tempat mereka kecuali setelah mendapat izin terutama pada waktu tidur dan istirehat mereka.
* Jangan berbohong dengan mereka dan janganlah cela mereka jika mereka berbuat yang tidak menarik anda.
* Jangan utamakan isterimu dan anakmu atas mereka. Mintalah restu dan redha mereka sebelum melakukan segala sesuatu, kerana redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan mereka.
* Kunjingilah kedua orang tuamu ketika masih hidup dan sesudah mati, bersedekahlah atas nama mereka dan berbanyakkan doa untuknya.
* Jika anda tergoda untuk merokok, maka jangan merokok didepan mereka.

* Perbanyak melakukan kunjungan kepada kedua orang tuamu dan memberi hadiah, sampaikan terima kasih atas pendidikan dan jerih payah mereka, dan ambillah pengajaran dari anak-anakmu dan kesulitan-kesulitan selama bersama mereka.
* Jika kamu sudah mampu mencari rezeki maka berkerjalah dan bantulah orang tuamu.
* Kedua orang tuamu mempunyai hak atas kamu, dan isterimu mempunyai hak atas kamu, maka berilah hak mereka. Jika keduanya berselisih, usahakanlah kamu pertemukan mereka dan berilah masing-masing hadiah secara diam-diam.
* Jika ayahmu bertengkar dengan isterimu, maka bertindaklah bijaksana, dan beri pengertian kepada isterimu bahawa kamu berpihak padanya jika dia benar, hanya kamu terpaksa harus meyakinkannya.
* Jangan kikir menginfakkan harta kepada mereka sampai mereka mengadu padamu dan itu merupakan kehinaan bagimu dan itu akan kamu dapatkan balasan dari anak-anakmu. Apa yang kamu perbuat akan mendapat balasan.
* Diantara dosa-dosa besar adalah cacian terhadap kedua orang tuanya; mencaci ayah orang lain diibaratkan mencaci ayahnya sendiri, mencaci ibu orang lain maka ia mencaci ibunya sendiri..

Tuesday, March 15, 2011

Kenapa Wanita Merajuk



SIKAP lelaki yang dikatakan tidak peka dengan kehendak dan keperluan wanita dikenal pasti antara punca yang boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan, sekali gus boleh membawa kepada putusnya hubungan sekiranya tiada percubaan untuk meleraikan kekusutan yang timbul.

Perbezaaan pendapat juga secara tidak langsung boleh menimbulkan salah faham terutama dalam perhubungan yang terjalin.

Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Pelbagai tanggapan diberikan terhadap wanita di atas sikap dan perlakuan wanita yang dilihat secara kasarnya begitu sensitif dan emosional dalam menangani isu yang berkaitan..

Disebabkan kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah itulah menyebabkan wanita banyak dikaitkan dengan elemen kelemahan seperti bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya, suka sakit hati, rajuk hati, kecil hati hingga sikap ini membuat wanita menjeruk hati dan makan hati.

Sikap sebegitu dilihat satu kelemahan bagi wanita kerana mereka dikatakan tidak rasional dan kurang fokus terhadap masalah yang dihadapinya. Malah, wanita dilihat tidak berupaya untuk menjalankan kerja yang lebih berat khususnya mengetuai sesuatu jabatan atau pasukan disebabkan kawalan emosi yang lemah dalam menangani sesuatu permasalahan.

Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan lelaki berpendapat isu seperti tidak mengingati tarikh istimewa khususnya hari jadi teman wanita dan ulang tahun adalah perkara remeh sedangkan wanita menganggap peristiwa berkenaan sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup mereka.

Kajian itu adalah untuk mengetahui persepsi responden terhadap aspek merajuk dan apa tindakan dalam mengatasi sikap merajuk yang dianggap boleh menyebabkan keruntuhan sesuatu perhubungan.

Begitupun, tidak kira apapun tanggapan negatif terhadap turun naik emosi wanita itu yang menyebabkan mereka sering bertindak di luar kawalan, wanita itu sendiri ada alasan tersendiri terhadap setiap sikap itu.

Dalam kajian yang dijalankan terhadap lebih 100 responden berusia antara 25 tahun hingga 47 tahun itu, didapati jawapan responden wanita hanya difokuskan kepada aspek kekeluargaan dan sikap pasangan mereka, dan tidak ditumpukan pada aspek rakan serta kerjaya meskipun soalan dikemukakan tidak tertumpu kepada perhubungan tertentu.

Ada responden wanita yang menyatakan mereka mudah berkecil hati apabila teman lelaki atau suami mereka tidak memuji masakannya atau memuji wanita lain di hadapan mereka.

Dalam hubungan itu, berdasarkan pemerhatian lelaki akan cuba memujuk wanita berkenaan, tetapi apa yang menjadi masalah apabila pada satu peringkat lelaki mulai bosan dengan sikap yang dianggap keterlaluan itu.

Jenuhlah teman lelaki atau suami wanita itu menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk hingga menimbulkan kebosanan untuk terus memujuk jika apa juga yang dilakukan tidak diendahkan oleh wanita yang begitu kuat rajuknya itu. Sampai pada satu peringkat, akan kedengaran lelaki yang sudah bosan dengan rajuk wanita dan membiarkan sikapnya.

Malah, dalam kajian yang dilakukan itu ada responden lelaki yang mengatakan wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika pada peringkat itu wanita masih bersikap sebegitu, perhubungan yang dijalin mungkin akan sampai ke tahap noktah.

Berdasarkan pelbagai jawapan yang diberikan responden lelaki itu bolehlah dijadikan panduan dan sempadan kepada wanita bahawa merajuk yang keterlaluan akan mendatangkan kebosanan pada pihak lelaki. Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam sesuatu perhubungan, tetapi jadikan merajuk itu sebagai satu imej untuk menunjukkan pada suami atau teman lelaki bahawa ada masa dan ketikanya tindakan mereka itu salah dan perlukan satu perubahan bagi membentuk perhubungan yang lebih baik.

Sunday, March 13, 2011

Nowseeheart - Selawat Murah Rezeki



Lirik:

ALLAHUMMA SALLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
SOLA-TAN TU'AS SI-'UBI HA ALAIY-NAL AR-ZAQ
WA TU HASSINU BIHAA, LA-NAL AKHLAQ
WA'ALA ALIYHI WASSOHBIHI WASSALLIM...

WAHAI ALLAH RAHMATI, DAN KURNIAKANLAH
KESEJAHTERAAN ATAS MUHAMMAD RASULULLAH
DAN SELAWAT YANG DAPAT
MELAPANGKAN REZEKI KAMI, DAN MENJADIKAN BAIKNYA
AKHLAK KAMI

DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)
KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA

DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)
KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA...

Ulang..

Friday, March 11, 2011

As-syifa Doa






I want to share to all of you about syifa doa which is known as medicine doa where we can read/practise it consistently for everyday. InsyaAllah with this effort, we can be more healthy.

This doa i got from the television programed "Nasi Lemak Kopi O" - presenter of Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah which are:
1) Surah Al-Mukminun : Ayat 91-100
2) Surah An-Nur : Ayat 55-64
3) Surat Al-Khafi : Ayat 68-90
4) Surah Al-Ghafir : Ayat 67-77

Let practise it!! May Allah bless us..InsyaAllah..

Tuesday, March 8, 2011

Celebration of Women's Day At Kotaraya Johor



8 March is the women's day..just now i attend the event of Woman's Day at Plaza Kotaraya Johor Bahru. Some programed have been taken place there. And one thing that i want to share to among of you.. It is about cyber crime.. If you encountered or face or be the one of the victim you need to forward the email address to cybersafe@cybersecurity.my or if you get the liar message through your handphone ex. flirty/suspected mesagge or so on.. you just send the that message with the related phone number to 0192813801 (Cyber Security)
By the way, i want to take this change to wish to all of women out there.. Happy Women's Day..

Tuesday, March 1, 2011

Air Pollution Control System (Alat Kawalan Pencemaran Udara)

Terdapat beberapa jenis alat kawalan pencemaran udara iaitu bagi alat kawalan dust/particulate yang boleh digunakan bagi mengawal pelepasan bendasing ke persekitaran dalam usaha memastikan pelepasan bendasing ke persekitaran adalah mematuhi piawai yang ditetapkan dan diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978.

1. Settling Chamber




Settling chamber ini biasanya digunakan bagi industri kayu. Walaubagaimanapun, tahap kecekapan bagi settling chamber adalah rendah. Ini kerana tahap kecekapan settling chamber adalah bergantung kepada saiz partikel dust tersebut. Semakin kecil saiz partikel semakin rendah kecekapannya.

2. Siklon (Single/Multiple)



Berbeza dengan settling chamber, konsep yang digunakan bagi alat kawalan pencemaran udara siklon adalah melalui centrifugal force dan alat kawalan ini mempunyai kecekapan yang lebih baik daripada settling chamber. Terdapat dua jenis siklon iaitu single siklon dan multiple siklon.Multiple siklon adalah lebih cekap berbanding single siklon. Alat kawalan jenis settling chamber dan siklon mudah dipasang dan murah untuk dipasang. Ia juga mudah untuk dijalankan aktiviti maintenance kerana pemasangannya adalah mudah.

3.Bag Houses (Bag Filter)



Kecekapan baghouse (bag filter)adalah tinggi boleh mencapai 99.9%. Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan kecekapan mencapai tersebut, alat kawalan tersebut hendaklah diselenggara melalui performance monitoring dan maintenance secara berjadual. Pemasangan alat kawalan jenis baghouses ini memerlukan kos yang tinggi dan terdapat pelbagai jenis bag filter. Bag filter jenis fabric tidak sesuai digunakan sekiranya flue gas yang mempunyai suhu yang tinggi. Ini kerana bag filter jenis fabric akan terbakar apabila suhu terlalu tinggi. Walaubagaimanapun, kini terdapat bag filter jenis ceramic yang sesuai untuk suhu yang tinggi. Tetapi bag filter jenis ceramic memerlukan kos yang tinggi.

4. Venturi Wet Scrubber



Biasanya dikenali sebagai dust collector yang menggunakan cecair untuk memerangkap habuk yang kebiasaannya menggunakan air. Cecair akan bersentuhan dengan gas stream yang mengandungi habuk dan gas yang bersih akan keluar. Kebiasaannya air yang digunakan akan direcycle. Kecekapan alat kawalan jenis venturi scrubber ini berkadar terus dengan kebersentuhan kemasukan gas (inlet gas stream) dengan cecair tersebut.

5. Electrostatic Precipitator (ESP)



Alat kawalan jenis ESP masih jarang digunakan di kebanyakan industri di Malaysia. Di Malaysia ianya digunakan di power plant (janakuasa elektrik) yang menggunakan coal terutamanya. Selain itu juga, ianya juga boleh digunakan di industri smelter, simen dan sebagainya. Kos installation bagi ESP ini adalah sangat tinggi dan ianya memerlukan kawasan yang besar. Berbeza dengan alat kawalan yang lain, ESP menggunakan konsep elektrostatik yang melibatkan charge negatif & positif. terdapat pelbagai jenis ESP di pasaran iaitu jenis dry ESP, wet ESP, cold side ESP, hot side ESP, single stage ESP dan two stage ESP.

Letusan Lahar Yang Besar Di Matahari



24 Feb 2011 (Khamis), NASA telah merakam satu fenomena yang jarang berlaku di mana matahari memuntahkan lahar yang besar. Sama-sama kita saksikan video tersebut. Renung-renungkanlah..Wallahua'lam..