BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Advertisement

Advertisement

Tuesday, March 1, 2011

Air Pollution Control System (Alat Kawalan Pencemaran Udara)

Terdapat beberapa jenis alat kawalan pencemaran udara iaitu bagi alat kawalan dust/particulate yang boleh digunakan bagi mengawal pelepasan bendasing ke persekitaran dalam usaha memastikan pelepasan bendasing ke persekitaran adalah mematuhi piawai yang ditetapkan dan diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978.

1. Settling Chamber




Settling chamber ini biasanya digunakan bagi industri kayu. Walaubagaimanapun, tahap kecekapan bagi settling chamber adalah rendah. Ini kerana tahap kecekapan settling chamber adalah bergantung kepada saiz partikel dust tersebut. Semakin kecil saiz partikel semakin rendah kecekapannya.

2. Siklon (Single/Multiple)



Berbeza dengan settling chamber, konsep yang digunakan bagi alat kawalan pencemaran udara siklon adalah melalui centrifugal force dan alat kawalan ini mempunyai kecekapan yang lebih baik daripada settling chamber. Terdapat dua jenis siklon iaitu single siklon dan multiple siklon.Multiple siklon adalah lebih cekap berbanding single siklon. Alat kawalan jenis settling chamber dan siklon mudah dipasang dan murah untuk dipasang. Ia juga mudah untuk dijalankan aktiviti maintenance kerana pemasangannya adalah mudah.

3.Bag Houses (Bag Filter)



Kecekapan baghouse (bag filter)adalah tinggi boleh mencapai 99.9%. Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan kecekapan mencapai tersebut, alat kawalan tersebut hendaklah diselenggara melalui performance monitoring dan maintenance secara berjadual. Pemasangan alat kawalan jenis baghouses ini memerlukan kos yang tinggi dan terdapat pelbagai jenis bag filter. Bag filter jenis fabric tidak sesuai digunakan sekiranya flue gas yang mempunyai suhu yang tinggi. Ini kerana bag filter jenis fabric akan terbakar apabila suhu terlalu tinggi. Walaubagaimanapun, kini terdapat bag filter jenis ceramic yang sesuai untuk suhu yang tinggi. Tetapi bag filter jenis ceramic memerlukan kos yang tinggi.

4. Venturi Wet Scrubber



Biasanya dikenali sebagai dust collector yang menggunakan cecair untuk memerangkap habuk yang kebiasaannya menggunakan air. Cecair akan bersentuhan dengan gas stream yang mengandungi habuk dan gas yang bersih akan keluar. Kebiasaannya air yang digunakan akan direcycle. Kecekapan alat kawalan jenis venturi scrubber ini berkadar terus dengan kebersentuhan kemasukan gas (inlet gas stream) dengan cecair tersebut.

5. Electrostatic Precipitator (ESP)



Alat kawalan jenis ESP masih jarang digunakan di kebanyakan industri di Malaysia. Di Malaysia ianya digunakan di power plant (janakuasa elektrik) yang menggunakan coal terutamanya. Selain itu juga, ianya juga boleh digunakan di industri smelter, simen dan sebagainya. Kos installation bagi ESP ini adalah sangat tinggi dan ianya memerlukan kawasan yang besar. Berbeza dengan alat kawalan yang lain, ESP menggunakan konsep elektrostatik yang melibatkan charge negatif & positif. terdapat pelbagai jenis ESP di pasaran iaitu jenis dry ESP, wet ESP, cold side ESP, hot side ESP, single stage ESP dan two stage ESP.

0 comments: