BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Advertisement

Advertisement

Monday, June 21, 2010

Alam Perkahwinan

Pejam celik, pejam celik, da masuk 3 minggu ku menempuhi alam perkahwinan.. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupon masih ada kekurangan semasa majlis.. Banyak cabaran dan dugaan di hadapan yang bakal aku tempuhi.. Sesungguhnya selagi nyawa di kandung badan.. Kita sentiasa diuji.. Dengan pelbagai ujian untuk meningkatkan keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta, Allahu Rabbi.. Jadi kita sebagai hamba Nya perlulah sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi dugaan-dugaan tersebut..Bercerita tentang perkahwinan ni..ak lebih suke bercerita tentang pendapat..perkahwinan ini merupakan perkongsian..jd klau rs kita blum bersedia utk berkongsi..that means kite blum sedia untuk menempuh alam perkahwinan..Dengan perkahwinan kita berkongsi suka, duka, masalah, kasih sayang, dan segala-galanya..Dan jangan terlalu berahsia dengan pasangan kita..Sebab jika kita berahsia dan akhirnya dia tahu tentang rahsia kita tu..perang dingin la jawabnya..Jd cubalah hindari perkara2 yang boleh mendatangkan keburukan dalam hubungan yang nan suci..Walau apa2 pon, semua perkara boleh di bawa berbincang..Jgnla berdiam diri dan bermasam muka..Allah muka kepada sang isteri yang bermasam muka kepada sang suami..Kerana membahagiakan sang suami adalah suatu ibadah..Rasanya untuk melaksanakannya bukan begitu sukar kan..Kita sebagai wanita janganlah terlalu mengikut perasaan..Think positive & be positive..InsyaAllah rumahtangga jadi aman dan bahagia selalu..walau badai menimpa..Amiin..

Tuesday, May 4, 2010

Cinta

Apa itu C.I.N.T.A.? Pada pendapat aku, cinta ni sukar untuk diterjemahkan..cinta ni adalah satu perasaan yang hadir tanpa kita duga...cinta itu buta...sehingga terkadang kita hilang arah...terkadang sanggup menggadai maruah kerna sebuah cinta...namun cinta yang berteraskan Islam...pasti membawa kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat...insya'Allah...tapi masihkah ada cinta yang berteraskan Islam...semestinya ia sukar dicari...lebih2 lagi di dunia yang semakin dahsyat kini...berasaskan iman yang senipis kulit bawang...pasti sukar mengawal nafsu...dengan bisikan syaitan yang bertalu2...pasti iman terkulai dek bisikan syaitan...alangkah ruginya kita di saat itu...untuk menghindar kemungkaran itu...marilah kita mendekatkan diri kepada-Nya...Islam sentiasa menunjukkan jalan yang lurus...carilah jalan yang halal..bukankah Allah menggalakkan perkahwinan...perkahwinan itu sunnah Rasulullah...jadi salurkanlah ke saluran yang betul...melalui pernikahan yang sah...

Cinta kan bunga, bunga kan layu...Cinta kan manusia, manusia kan mati...Jadi cintailah Allah yang kekal abadi...

Saturday, May 1, 2010

Sikap & Mentaliti Manusia ☺ ☻ ☺ ☻

Sekadar ingin berkongsi pendapat,kita sering mengambil enteng terhadap perkara2 yang penting...walhal kita sedar dan tahu kesan dan akibat jika kita meremehkan perkara2 demikian...contohnya, tentang isu keselamatan...tentang kepentingan helmet bagi penunggang motosikal...dan tali pinggang keselamatan bagi pemandu dan penumpang kereta...kita sedar tentang keselamatan kita terletak di bawah tanggungjawab kita sendiri...tapi kita masih meringan2kan perkara tersebut...dah terkena baru nak terngadah..??masa tu kita telah rugi segala2nya..mungkin penyesalan pada ketika itu tiada ertinya...mungkin kita hilang keupayaan...atau mungkin kita koma...tidak kasihan kah kita kepada orang-orang yang menyayangi diri kita...mereka sanggup menjaga kita pagi ke petang ke malam...sanggupkah kita membiarkan air mata mereka membasahi bumi...sebenarnya, kita ada hak menentukan nasib kita sendiri...dalam ayat Al-Quran juga ada mengatakan bahawa "Allah tidak akan mengubah nasib sesoarang melainkan dia sendiri yang mengubahnya".

Bagi persepsi alam sekitar juga, kita sebagai penghuni bumi memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan dan mengubah kualiti alam sekitar kita...kita sering alpa akan peri pentingnya alam sekitar...adakah kesedaran masyarakat kurang terhadap isu alam sekitar...masyarakat seringkali menunding jari kepada pihak kerajaan...walaubagaimanapun, masyarakat dan orang ramai memainkan peranan yang penting dalam penjagaan alam sekitar...seringkali kita melihat masyarakat sering membuang sampah sesuka hati keluar daripada kereta...perasaan geram dan marah pabila melihat keadaan seperti ini...di sini memang jelas masyarakat memandang enteng terhadap alam sekitar...sekiranya alam sekitar bolh merintih...pasti ia akan merintih...menangis...dek perbuatan manusia yang sewenang2nya melakukan kerosakan di atas bumi...sedarlah masyarakat...earth need us...marilah kita menjaga alam sekitar yang kita kongsi bersama ini...

Apa yang boleh saya simpulkan disini bahawa janganlah kita mengambil mudah terhadap apa yang kita lakukan...fikirkanlah dulu sebelum bertindak...

Contact Lens



Hari ni, aku baru je beli contact lens..sepanjang hidup aku ni la kali pertama aku beli contact lens..then this is my first trial to wear this lens..mcm mane la agak ny ye..ada perasaan takut nak pakai..hihi..mungkin kwn2 gelak bile ak takut2 nak pakai..walhal korang semua da sgt terror pakai kanta sentuh kan..ceh wah..gune perkataan malay la plak..mm..aku kene practice pakai..sbb nati nak bersanding..xkan nak pakai cermin mata..ahaks..layan je la kan..kalau x biasa pakai..merah la mata aku..sure orang ingat aku menangis sedih..ntah la ye..untuk first trial aku beli yang biasa je..memandangkan kewangan pon kian berkurang..nak tunggu gaji lambat lg ni..25 mei nati baru gaji..fulus plak tinggal lagi RM 350.00 je lagi..nak tunggu akhir bulan mmg sadis ni..kene ikat nafsu bershopping..uhuks..Ya Allah, berikan lah kekuatan kepadaku..untuk memakai kanta sentuh ku ini,,dan sabar dgn jualan murah di KL ni...amiin..

Bershopping di Nilai 3

Alhamdulillah..selamat da berbelanja di Nilai 3..moga2 semua nya cukup untuk hari yang bersejarah 5 Jun 2010...tp perbelanjaan untuk sesebuah perkahwinan memang besar..untuk barang2 goodies je tadi:
1) beg kertas RM 60.00
2) door gift RM 320.00
3) beg gift RM 220.00
4) pasu seramik RM 65.00
5) bunga paha RM 130.00
so total RM 795.00..untuk barangan door gift 400 pcs..tp sy rasa beryukur sbb makcik sponsor 500 pcs door gift..hrp2 cukup la gift2 tu semua..di kesempatan ini, sy ingin mohon maaf sekiranya di majlis sy nati terdapat kekurangan..sy akan cube buat sebaik yg trmampu..kita hanya merancang..hanya Allah yang menentukan segalanya..

Friday, April 30, 2010

Pemanasan Global

Tahukah anda tentang pemanasan global??
Pemanasan global boleh ditakrifkan sebagai peningkatan suhu bumi kesan daripada gas rumah hijau yang bertindak sebagai 'blanket' yang menyerap haba yang dipantulkan oleh bumi untuk dibebaskan ke atmosfera.

Apakah gas rumah hijau??
Gas rumah hijau (green house gases) adalah gas karbon dioksida (CO2), Methana (CH4), nitrogen oxida (NOx), hidro-chloro fluoro carbon (HCFC) iaitu gas yang digantikan dengan Chloro fluoro carbon (CFC) yang digunakan dalam proses pembuatan aerosol yang juga merupakan agen yang boleh memusnahkan lapisan ozon. Walaubagaimanapun, penggunaan CFC telah dikawal bagi menangani isu penipisan ozon ini dan digantikan dengan HCFC yang merupakan gas rumah hijau.

Apakah penyumbang terbesar pelepasan gas rumah hijau ini??
1) Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu di mana melibatkan pelepasan CO2 yang besar. Di Malaysia, arang batu digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik di stesen janakuasa elektrik.
2) Kenderaan bermotor yang meningkat juga menyumbang kepada pelepasan gas CO2 dan gas rumah hijau ke atmosfera.
3) Pereputan pokok dan haiwan serta najis haiwan adalah penyumbang terbesar bagi pelepasan gas methana.
4) Penebangan hutan tanpa kawalan menyebabkan punca penghasilan O2 yang kurang dan menyebabkan kepekatan CO2 di atmosfera bertambah secara mendadak dan seterusnya menyebabkan bumi menjadi panas.

Sebagai individu apakah sumbangan kita untuk mengawal isu ini??
1) Mengurangkan penggunaan beg plastik semasa bershopping, digalakkan membawa beg yang boleh dikitar semula bagi mengurangkan penghasilan sampah untuk dilupuskan di tapak pelupusan sampah.
2) Berkongsi kereta untuk pergi ke destinasi yang sama (car pool). Ini dapat mengurangkan pembakaran bahan api petrol dan diesel dan seterusnya dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ini.
3) Menanam pokok di kawasan rumah mahupun pejabat. Ini dapat menghijaukan alam dan menambahkan pengeluaran gas O2 yang sangat diperlukan oleh manusia, haiwan dan tumbuhan serta gas CO2 dapat digunakan oleh tumbuhan dalm proses fotosintesis.

Kehidupan masa bujangku

Debaran kian hangat sehingga lubuk hatiku ini...tinggal sebulan aku akan menamatkan masa bujangku...bersediakah aku untuk menghadapi semua ini...walau camne pun...itulah hakikat yang perlu ke tempuhi...aku pasrah dan redha dengan ketentuannya...sesungguhnya aku yakin kepada qada' dan qadar nya..hanya Dia yang menentukan jodoh buat hambanya...semoga aku akan menjadi isteri yang solehah dan menjadi hamba yang sentiasa mengabdikan diri kepada-Nya yang Maha Esa...amiin...