Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Advertisement
Wednesday, February 16, 2011
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
Posted by hananisahari at 3:57 PM 0 comments
Tuesday, February 8, 2011
Berkelana di Bumi Allah
Assalammualaikum...
Dalam kita meniti hari-hari yang mendatang..Sering datang ujian dalam perjalanan kita untuk menuju ke destinasi terakhir kita..iaitu..dunia akhirat yang kekal abadi..namun telah diberikan kepada kita sebagai manusia dan sebagai khalifah di muka bumi ini..peluang untuk hidup..samada kita memilih untuk bersenang lenang atau pun bersusah payah..tapi diakui bahawa setiap manusiaa inginkan kesenangan..kesempurnaan..dan kebahgiaan..tidak mustahil untuk mengecapi semua itu..semuanya dengan ketentuan Ilahi..disamping kita sebagai hambanya perlulah berusaha ke arah itu..janganlah hanya berserah kepada Nya tanpa berusaha..takkan berubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..semuanya memerlukan usaha dan ikhtiar..dan bertawakallah..insyaAllah..pasti kita semua akan berjaya didunia dan akhirat..
Mengucapkan kata-kata itu memang mudah..tapi ianya tak semudah orang yang memikulkan..Seringkali kata-kata itu dilemparkan..Memang diakui bahawa..memang mudah mengungkapkan semua itu..namun untuk menghadapinya ternyata memang berat..namun sedarkah kita..dengan kesabaran dan pengalaman yang menguji itu..mematangkan kita..sesungguhnya semuanya ada hikmahnya..tanpa kita sedari..tapi bila kita merenung kembali..pasti kita akan temui..kemanisannya..insyaAllah..ingatlah janji Allah itu pasti..akhirat itu pasti..pembalasan itu pasti..jadi marilah kita bersama-sama mencari keredaan Allah..kerna tanpa keredhaan Allah..siapalah kita ini..kita hanya menumpang di bumi Allah..dan kepadaNya kita akan kembali..mungkin sesaat lagi..besok..lusa..hanya Dia yang mengetahui bila kita kan kembali menemuiNya..Jadi bersediakah kita untuk menemuiNya..Janganlah kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi..marilah kita bersama-sama mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat..Semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan..insyaAllah..
Posted by hananisahari at 3:45 PM 0 comments
Monday, June 21, 2010
Alam Perkahwinan
Pejam celik, pejam celik, da masuk 3 minggu ku menempuhi alam perkahwinan.. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupon masih ada kekurangan semasa majlis.. Banyak cabaran dan dugaan di hadapan yang bakal aku tempuhi.. Sesungguhnya selagi nyawa di kandung badan.. Kita sentiasa diuji.. Dengan pelbagai ujian untuk meningkatkan keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta, Allahu Rabbi.. Jadi kita sebagai hamba Nya perlulah sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi dugaan-dugaan tersebut..Bercerita tentang perkahwinan ni..ak lebih suke bercerita tentang pendapat..perkahwinan ini merupakan perkongsian..jd klau rs kita blum bersedia utk berkongsi..that means kite blum sedia untuk menempuh alam perkahwinan..Dengan perkahwinan kita berkongsi suka, duka, masalah, kasih sayang, dan segala-galanya..Dan jangan terlalu berahsia dengan pasangan kita..Sebab jika kita berahsia dan akhirnya dia tahu tentang rahsia kita tu..perang dingin la jawabnya..Jd cubalah hindari perkara2 yang boleh mendatangkan keburukan dalam hubungan yang nan suci..Walau apa2 pon, semua perkara boleh di bawa berbincang..Jgnla berdiam diri dan bermasam muka..Allah muka kepada sang isteri yang bermasam muka kepada sang suami..Kerana membahagiakan sang suami adalah suatu ibadah..Rasanya untuk melaksanakannya bukan begitu sukar kan..Kita sebagai wanita janganlah terlalu mengikut perasaan..Think positive & be positive..InsyaAllah rumahtangga jadi aman dan bahagia selalu..walau badai menimpa..Amiin..
Posted by hananisahari at 4:51 PM 0 comments
Tuesday, May 4, 2010
Cinta
Apa itu C.I.N.T.A.? Pada pendapat aku, cinta ni sukar untuk diterjemahkan..cinta ni adalah satu perasaan yang hadir tanpa kita duga...cinta itu buta...sehingga terkadang kita hilang arah...terkadang sanggup menggadai maruah kerna sebuah cinta...namun cinta yang berteraskan Islam...pasti membawa kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat...insya'Allah...tapi masihkah ada cinta yang berteraskan Islam...semestinya ia sukar dicari...lebih2 lagi di dunia yang semakin dahsyat kini...berasaskan iman yang senipis kulit bawang...pasti sukar mengawal nafsu...dengan bisikan syaitan yang bertalu2...pasti iman terkulai dek bisikan syaitan...alangkah ruginya kita di saat itu...untuk menghindar kemungkaran itu...marilah kita mendekatkan diri kepada-Nya...Islam sentiasa menunjukkan jalan yang lurus...carilah jalan yang halal..bukankah Allah menggalakkan perkahwinan...perkahwinan itu sunnah Rasulullah...jadi salurkanlah ke saluran yang betul...melalui pernikahan yang sah...
Cinta kan bunga, bunga kan layu...Cinta kan manusia, manusia kan mati...Jadi cintailah Allah yang kekal abadi...
Posted by hananisahari at 12:13 PM 0 comments
