BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Advertisement

Advertisement

Thursday, July 14, 2011

Wudhu' Yang Sempurna..InsyaAllah..

Salah satu syarat SAH sembahyang ialah mengambil wudhuk sebelumnya. Berikut
adalah cara-cara mengambil wudhuk yang SEMPURNA. Dengan Wudhuk yang
sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut
dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,putihkanlah
mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu "Ya Allah, berikanlah
hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah
Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah
daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah
dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah
daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati
Islam?

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.

0 comments: