BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Advertisement

Advertisement

Thursday, August 25, 2011

Roh di Bulan Ramadhan..Al-Fatihah..

Buat renungan bersama….

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"



Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah
untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Ini adalah hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Jadi, marilah kita bersama-sama mengangkat tangan dan menghadiahkan al-fatihah buat kaum keluarga kita dan muslimin muslimat yang telah pergi menghadap Ilahi mendahului kita.InsyaAllah..Al-Fatihah..

Thursday, July 14, 2011

Wudhu' Yang Sempurna..InsyaAllah..

Salah satu syarat SAH sembahyang ialah mengambil wudhuk sebelumnya. Berikut
adalah cara-cara mengambil wudhuk yang SEMPURNA. Dengan Wudhuk yang
sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut
dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,putihkanlah
mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu "Ya Allah, berikanlah
hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah
Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah
daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah
dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah
daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati
Islam?

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.

Sunday, July 3, 2011

KISAH SEORANG DOKTOR AMERIKA MEMELUK ISLAM

bacalah semoga kita mendapat iktibar,Insya Allah.



Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.


Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.


Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untukberfungsi secara normal.


Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulahkeagungan ciptaan Allah.


Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untukmenganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.



Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.

Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.


Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.

Implikasi salah Baca Fatihah

Bacalah al-Quran secara tartil (betul sebutan, tajwid).Di sini dinyatakan beberapa kesalahan yg menyebabkan maknanya berubah.

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnyaDULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KIYAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud"kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN ................hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah.

semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.